DUNIA PENGAKAP







HORMAT PENGAKAP



4523852044-136x300tabik pengakap
Hormat Pengakap dilakukan apabila:
Menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.
Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.
Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.
Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.
Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.


CARA HORMAT PENGAKAP

Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.
1.Kalau membuat hormat pengakap, tangan kanan diangkat seperti hormat dalam tentera atau polis. Sentuhkan hujung kening.

tabik pengakap
2.Semasa memegang tongkat berdiri dalam keadaan “sedia”, tangan kiri menyentuh tongkat dengan tapak tangan terlangkup.
Picture1

3.Semasa berjalan pantas atau perlahan bertongkat, angkat sedikit tangan dan sentuh tongkat dengan tangan kiri.


MAKNA HORMAT PENGAKAP

Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada Persetian Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut Undang-undang Pengakap.
Ibu jari membawa maksud Undang-Undang Pengakap. Jari kelingking membawa maksud ahli pengakap. Simbol ibu jari menindih jari kelingking membawa maksud sebagai seorang ahli pengakap, kita ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 Undang Undang Pengakap.
Manakala hasil dari pertautan ibu jari dan jari kelingking bermaksud persaudaraan pengakap tanpa mengira pangkat, darjah maupun keturunan.



PERSETIAN PENGAKAP MALAYSIA

 

Bahawa dengan sesungguhnya, 
saya berjanji dan bersetia, 
yang saya,
dengan seberapa daya upaya saya,

akan:
Taat kepada tuhan, raja dan negara
Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap




Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap. Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia. Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan.
3372577976174l

Persetiaan Pengakap Malaysia–Pengertian


  • Taat kepada Tuhan, raja dan negara
Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.
Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja
difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.
Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, pemimpin-pemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.

  • Menolong orang pada setiap masa
Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

  • Menurut Undang-undang Pengakap
Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yangterkandung dalam undang-undang pengakap.


UNDANG-UNDANG PENGAKAP


Undang-Undang Pengakap Persesekutuan Pengakap Malaysia mesti dengan selalunya dikeluarkan dan dilafazkan mengikut pematuhan sepenuhnya seperti berikut:

1. DIPERCAYAI (Trustworthy)
Pengakap adalah seorang yang dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. TAAT (Loyal)
Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, Pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang di bawahnya\

3. BERGUNA (Useful)
Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. BERSAUDARA (Friend to all)
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. BERBUDI (Courteous)
Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. KASIHKAN BINATANG (Friend to animals )
Pengakap baik hati dan kasihkan binatang..

7. MENURUT PERINTAH (Obedient)
Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. TABAH HATI (Cheerful)
Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9. BERJIMAT (Thrifty)
Pengakap itu jimat dan cermat

10. SUCI FIKIRAN, PERKATAAN PERBUATAN (Reverence)
Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada semua ahli pengakap di dunia.

Lirik Lagu Undang-Undang Pengakap

Dipercayai Taat Berguna
Bersaudara Berbudi
Kasihkan Binatang Menurut Perintah
Tabah Hati Berjimat
Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan.


Tiada ulasan: