GAGJET














MODUL GAJET / GEJET / GADGET


 Pengenalan

            Aktiviti perkhemahan adalah merupakan di antara aktiviti yang menarik dan diminati oleh sebahagian besar pelajar yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum khususnya ahli-ahli Unit  Beruniform seperti Pengakap
            Apabila kita melakukan aktiviti perkhemahan, beberapa perkara harus diberi perihatian serius dan dilaksanakan secara terancang dan selamat antaranya;
i.              kaedah menyimpan dan menyusun kelengkapan makan dan minum seperti pinggang, cawan, sudu dan garfu, kuali dan sebagainya.
ii.            Kekemasan susunan kasut dan peralatan perkhemahan seperti cangkul, pencakar dan seumpamanya
iii.          Tempat makan dan menyidai pakaian dan papan kenyataan.
           Susunan dan penyimpanan peralatan dan bahan perkhemahan boleh dibuat  dan disediakan dengan membina atau membuat rak dan penyangkut daripada bahan-bahan yang ada di sekitar kawasan perkhemahan seperti pokok buluh, pokok bertam, anak-anak kayu, rotan, daun nipah / rumbia dan sebagainya.
            Dengan demikian, segala peralatan dan bahan perkhemahan terutamanya makanan akan tersusun rapi dan kemas walaupun kita berada di kawasan perkhemahan.


 
Maksud Gajet

i.              Gadget – menurut kamus Komprehensif Bahasa Melayu ia bermaksud alat atau mesin yang kecil.
ii.                Gajet – binaan yang dibuat menggunakan bahan-bahan sekitar perkhemahan dan dicantum/dikukuhkan menggunakan tali/pengikat  bagi menggantikan perabot rumah di tapak perkhemahan.


Tujuan Gajet

i.        Tempat menyimpan, menyusun dan memperagakan bahan, peralatan, pakaian dan maklumat di tapak perkhemahan.
ii.            Melindungi makanan dari tercemar
iii.           Mengelakkan kemalangan seperti terlanggar peralatan yang tajam
iv.           Memudahkan kita merujuk atau mendapatkan maklumat
v.            Mencantikkan pemandangan di kawasan perkhemahan
vi.        Memudahkan kerja-kerja memasak dan menghidang makanan
vii.       Menjadi mercu tanda perkhemahan seperti pintu gerbang dan tiang bendera.


Jenis-jenis Gajet

i.             Gajet tempat kasut
ii.            Gajet ampaian pakaian
iii.           Gajet pintu gerbang dan jambatan
iv.           Gajet tiang bendera
v.            Gajet papan kenyataan
vi.           Gajet makanan
vii.          Gajet penyangkut periuk dan cerek untuk masak
viii.         Gajet tempat menyimpan bahan-bahan masakan seperti kicap, cuka dan sebagainya.
ix.           Gajet tempat peralatan seperti cangkul, parang, pencakar, tukul dsb
x.            Gajet pagar dan sebagainya





Asas Pembinaan Gajet


Pengetahuan

mengetahui dan memahami jenis-jenis gajet dan teknik pembuatan

mengenali jenis-jenis bahan-bahan – pokok buluh, bemban, rotan, bertam, enau, nibong, resam dsbnya

Kemahiran menggunakan peralatan

mengetahui dan mahir menggunakan parang, gergaji, pengali

cara memotong dan membelah bahan seperti buluh dan daun bertam

meraut buluh menggunakan parang atau pisau

Kemahiran ikatan dan simpulan

mahir membuat ikatan dan simpulan sekurang-kurangnya ikatan asas seperti manuk, seraya, silang tungku, silang gunting, lilit pasdul, lilit balak, lilit tindih kejap,  ikatan pengail, lilit kacang/ular, ikatan serong dan lain-lain

mahir menyesuaikan ikatan dengan binaan gajet yang dibuat

kemahiran ikatan dan simpulan tidak sekadar menggunakan tali semata-mata, bahan lain juga boleh digunakan seperti rotan, bemban, kulit kayu dsbnya.


Gateways
 2 Door Gateway


 

Covered Gateway


Easy Free Standing Gateway
 
Free Standing Gateway


Gateway With Door Bell

Inground Gateway


Lifting Gateway

Massive Gateway


Seriously Large Covered Gateway


Simple Gateway

Simple inground Gateway 
 Swinging Gateway


Turnsile Gateway 


Towers


 Beacon Tower


Brynbach Tower


Hourglass Tower 


 Lookout Tower


Pfox Tower


 Scout Tower



Stilt Tower


 Ten Minute Tower


Tree House


 Triangular Signal Tower

Camp Gadgets


Bulletin Board Stand 


 Camp Podium


 Camp Shower


 Camp Table


 Camp Table Bench


 Camp Table Seats


 Chippewa Cooking Fire Stand


 Clothes Line 


Fire Pail Stands 


High Force Shower



Kitchen Work Table


Latern Tripod


Latrine


More Utensils


Old Gadgets 


Three Compartment Sink 


Three Compartment Sink Washboard


 
 
 











3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah,saya dapat mengetahui sedikit tentang cara-cara membuat gajet ini.terima kasih atas perkongsian yang telah diberikan.

Tanpa Nama berkata...

Ok

Unknown berkata...

Syukran...diatas perkongsian ini.semoga ianya dpt memberi banyaknya manfaat kpd kita semua yg meminati alam perkhemahan ini..