SEJARAH PENGAKAP
WHO IS Robert Stephenson Smith Baden Powell
Robert Baden-Powell,
Founder of the World Scout Movement, Chief Scout of the World |
Sejarah Pengakap Dunia
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan Pengakapbermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang Bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran. Secara tidak langsung, bermula sejarah pergerakan pengakap dunia. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki, beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku " Scouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri. Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai KetuaPengakap Dunia manakala kerajaan British menganugerahkan " Lord Baden Of Gillwell " kepada beliau. Banyak pingat kebesaran negara pengakaptelah beliau perolehi diatas sumbangan beliau mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell
Nama Singkatan : BP
Tarikh Lahir : 22 Februari 1857
Tempat Lahir : London, England
Pendidikan Awal : Charter House, London
Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British
Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell
Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell
Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941
Sejarah Pengakap Di Malaysia
Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukanpengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negeri-negeri Melayu dan Borneo.
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
|
Lambang Pengakap Malaysia dan Dunia
Lencana Keahlian |
Sebelum seseorang boleh dilantik menjadi ahli Pengakap, dia perlulah mendapatkan Lencana Keahlian dengan cara diuji dalam pekara-pekara berikut:
1. Mengetahui Lambang Pengakap Malaysia & Lambang Pengakap Sedunia
2. Melafazkan Persetiaan Pengakap & Undang-undang Pengakap dengan Lancar
3. Mengetahui Lima Prinsip Rukunegara
4. Menunjukkan Hormat Pengakap dengan betul dan Menyatakan Cogankata Pengakap
5. Menyatakan sejarah Pergerakan Pengakap
6. Menceritakan Cerita Hutan dengan ringkas
7. Melakukan Laung Agung dengan betul
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA & DUNIA
Lambang Pengakap Malaysia |
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
2. Menolong orang pada setiap masa
3. Menurut undang-undang pengakap
Ketiga-tiga cabang ini diikat oleh satu ikatan yang melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli pengakap yang juga mengingatkan Pengakap supaya membuat kebajikan pada setiap masa.
Bintang pecah 14 melambangkan negeri-negeri di Malaysia.
Bulan sabit dan dua bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Warna pada logo melambangkan :
1. Merah – melambangkan keberanian
2. Kuning – melambangkan kedaulatan Raja dan Negara
3. Hijau – melambangkan warna rasmi Pengakap
Lambang Pengakap Dunia |
i)Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
ii)Menolong orang pada setiap masa
iii)Menurut undang-undang pengakap
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan
- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu. Ikatan putih
- menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih
- melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
Warna ungu
- kepimpinan Warna putih
- kesucian dan kebersihan.
MAKNA LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
- Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,
Menolong orang setiap masa,
Menurut undang-undang Pengakap.
- Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.Pengakap mestilah sentiasa mempertahankan kebenaran dan pengetahuan.
- Kepala anak panah dan garisan lurus menunjuk ke atas berwarna
hitam: - Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
- Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
- Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
- Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
- Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:
- Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",
- Hijau - "Pengakap Muda",
- Merah - "Pengakap Remaja"
- Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Melambangkan seseorang Pengakap mestilah sentiasa berada pada arah yang lurus dan betul untuk dilaluinya.
6 ulasan:
Pengakap
Pengakap
Sangat bermanfaat, minta kebenaran share.
SRP /STPM/ SPMV /Rejimen batalion komando kem gerup gerakhas kem sungai undang melaka.76300.Poskod/INSTITUTE KEJURUTERAAN Tentera DARAT KEM PUDASDA PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN darul KHUSUS.TALL KEYMAN.England.Scotland.perancis.
Ditulis sahkan benar mengikut Surat Hak Kerajaan Malaysian yang benar Lkpl. Roslian B syaripuddin
Dengan kerajaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki , beliau telah mencetuskan pelbagai idea dan pengalaman untuk budak-budak melalui penerbitan buku."Srouting For Boys " yang dikarang oleh beliau sendiri.
Catat Ulasan